USAH BERADA DI TAKUK LAMA : JOM KELUAR DARI ZON SELESA ANDA!

Subscribe

Get more articles like this delivered to your email

USAH BERADA DI TAKUK LAMA : JOM KELUAR DARI ZON SELESA ANDA!

Dasawarsa ini, untuk mencapai kejayaan dan mengecapi sesuatu yang kita ingini, kita harus berani keluar dari Comfort Zone atau Zon Selesa kita Jika kita tidak mahu keluar dari Zon Selesa, ianya akan membantutkan perkembangan potensi kita.


“Definisi Zon Selesa adalah keadaan di mana seseorang yang sudah terbiasa berasa selesa dalam suatu situasi, malahan rutin kerja mereka juga diselesaikan dengan hasil yang sedehana.”


Edisi pertama Newsletter OMSB pada tahun 2020 ini, akan berkongsi tentang manfaat yang kita boleh perolehi sekiranya kita membuat keputusan untuk keluar daripada Zon Selesa kita.


ANTARA MANFAATNYA:
1. Mampu berdikari dan menjadi seseorang yang lebih matang dan berfikiran luas
2. Menjadi individu yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi
3. Menjadi individu yang lebih kreatif dan berinovatif
4. Menjadi seseorang yang berani dalam menhadapi cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi
5. Menjadi individu yang sentiasa berfikiran positif
6. Mampu menghasilkan kerja yang berkualiti dan berintegriti tinggi


Oleh itu, untuk menjadi individu yang berjaya kita harus berani mengambil risiko dan berusaha untuk keluar dari Zon Selesa kita, sejajar dengan intipati Wawasan 2020 Negara kita iaitu, sentiasa bergerak maju ke hadapan. Usah berada di takuk lama, marilah kita bersama-sama keluar dari Zon Selesa kita!