PROJEK EPC : KE ARAH KELESTARIAN PENJIMATAN TENAGA DAN GREEN BUILDING HOSPITAL SARIKEI

Subscribe

Get more articles like this delivered to your email

PROJEK EPC : KE ARAH KELESTARIAN PENJIMATAN TENAGA DAN GREEN BUILDING HOSPITAL SARIKEI

Penggunaan tenaga elektrik merupakan salah satu punca peningkatan CO2. Oleh itu, pengoperasian hospital yang tanpa henti bukan sahaja turut memberi impak kepada alam sekitar malah ianya turut memberi impak kepada kos operasi hospital. Dengan ini, OMSB menyahut inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Projek EPC di Hospital Sarikei untuk kelestarian penjimatan tenaga dan ke arah Green Building. Pada 14 Februari 2020, Majlis Perasmian Projek Penjimatan Tenaga Secara Energy Performance Contracting (EPC) Bagi pemasangan Sistem Air Panas Solar telah diadakan di Hospital Sarikei. Hospital Sarikei adalah hospital pertama di Sarawak yang terlibat untuk projek ini. Projek ini bermula pada bulan Februari 2019 dan berakhir pada 31 Julai 2019. Sistem Air Panas Solar ini telahpun beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2019.


Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Chen Chaw Min. Turut hadir bersama semasa majlis perasmian tersebut ialah, YBhg. Dr. Chin Zin Hing, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Tey Siew Chang, Pengarah Hospital Sarikei, Ir. Dr.Khairul Azmy Bin Kamaluddin, Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan) dan En. Sazali Tuah Neli (CEO OMSB).


HASIL PENJIMATAN TENAGA HOSPITAL SARIKEI MELALUI PROJEK EPC:

1. 79% dalam penggunaandiesel melalui sistem air panas solar.

2. 69% yang telah dijimatkan melalui projek retrofit LED.


Majlis perasmian ini turut disertai oleh Pegawai dan Kakitangan KKM dan Hospital Sarikei. Aktiviti diadakan seperti Lucky Draw dan pembukaan booth pameran oleh CIDB, PPKS, Shorefield dan Bahagian Perkhidmatan OMSB.