OMSB STRATEGIC AWAY DAY 2020: PERSEDIAAN MENJADI ORGANISASI YANG BERDAYA SAING DAN KOMPETEN PADA TAHUN 2020

Subscribe

Get more articles like this delivered to your email

OMSB STRATEGIC AWAY DAY 2020: PERSEDIAAN MENJADI ORGANISASI YANG BERDAYA SAING DAN KOMPETEN PADA TAHUN 2020

Pada 15 dan 16 Januari 2020 yang lalu bertempat di Harbour View Hotel, seramai 60 orang ketua-ketua jabatan serta beberapa orang kakitangan One Medicare telah menghadiri sesi Strategic Away Day yang dinaungi oleh En. Sazali Tuah Neli, CEO OMSB bersama - sama dengan Leadership Team OMSB. Sesi yang berlangsung selama dua (2) hari ini berperanan sebagai satu platform bagi kakitangan yang hadir untuk mencanang idea, merangka serta menghasilkan Company Strategic Map berserta Matlamat OMSB 2020 yang diperolehi hasil brainstorming bersama Leadership. Puan Zurina Razali, Cik Chin Hui Hong, Puan Suziana Saedy dan Cik Siti Aishah Maulad merupakan fasilitator untuk dua (2) hari tersebut.


Leadership OMSB yang terdiri daripada En. Sazali Tuah Neli (CEO), En. Eric Lim (CFO), En. Mohamad Syukri (GMO), Puan Zurina Razali (SM,CS) serta En. Stalia, Pengurus QSHE dan En. Abang Mohd Shazali, Pengurus Jabatan Komersial adalah antara panel yang memberikan
taklimat pada Strategic Away Day tersebut.


Selain daripada meneliti semula tahap kemajuan syarikat, tujuan utama Strategic Away Day ini diadakan adalah untuk menghasilkan Company Strategic Map serta Inisiatif Strategik syarikat.


Penghasilan Company Strategic Map serta Inisiatif Strategik Syarikat ini penting untuk mencapai Matlamat OMSB 2020 agar selari dan sejajar dengan KPI masing-masing.


Antara aktiviti lain yang berlangsung semasa Strategic Away Day adalah sesi interaktif Energizer Games dan Strategy Games. Di sini, kami selitkan gambar-gambar sepanjang Strategic Away Day!