TERIMA KASIH! ANDALAH WIRA TIDAK DIDENDANG… ADIWIRA DI HATI KAMI!

Subscribe

Get more articles like this delivered to your email

TERIMA KASIH! ANDALAH WIRA TIDAK DIDENDANG… ADIWIRA DI HATI KAMI!

Pada 12 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik, sekaligus menjadikan situasi ini menjadi mimpi ngeri bukan sahaja untuk negara China tetapi seantero dunia. Di sebalik situasi ini, terselit perjuangan Adiwira yang jauh di mata namun dekat di hati kita sedang bertarung bersama barisan hadapan yang lain dalam membendung penyebaran virus tersebut. Edisi newsletter kali ini, One Medicare ingin mendedikasikan ruangan newsletter ini khusus untuk menghargai pengorbanan serta jasa golongan Adiwira kita, iaitu warga kerja One Medicare Sdn. Bhd. yang terdiri daripada Operator Pembersihan, Porter, Pekerja Bahagian Linen dan Pendobian, Pemandu Lori Sisa-sisa Klinikal dan Technician.


Sepanjang Penularan wabak COVID-19 ini, merekalah antara barisan hadapan yang membantu dalam membendung penularan wabak ini. Mereka telah bersengkang mata, berjauhan daripada keluarga, mengambil risiko melaksanakan tanggungjawab mereka dan berkhidmat untuk komuniti bagi mengekang daripada tersebarnya jangkitan virus ini.


Kita mungkin tidak dapat melihat dengan dekat mereka yang bekerja di sebalik tabir ini, tetapi merekalah wira tidak didendang kerana usaha, kesungguhan serta pengorbanan mereka tiada galang gantinya. Mereka membolehkan kita meneruskan kehidupan harian tanpa terlalu risau akan penularan COVID-19. Mereka kental berada di barisan hadapan bersama-sama membantu di hospital dalam menghadapi virus ini setiap hari.


Pengorbanan semua Operator Pembersihan (COs), Porter, kakitangan Bahagian Linen dan Pendobian, Pemandu Lori Sisa-sisa Klinikal dan Technician OMSB cukup besar dalam isu COVID-19 ini. Jika tidak kita sendiri menghargai wira-wira ini, siapa lagi?


TERIMA KASIH! ANDALAH WIRA TIDAK DIDENDANG… JAUH DI MATA NAMUN TETAP DEKAT DI HATI.... ADIWIRA DI HATI KAMI!